Sunday, November 13, 2011

yang mendengar






ada yang mendengar ada yang suka dia didengari.. well aku mungkin salah seorang yang mendengar tapi tolong jangan minta pendapat/nasihat sebab itu bukan kepakaran aku. apart from that, aku juga mahu didengari. walaupun hanya meminjamkan telinga barang seminit dua itu dah cukup untuk aku. aku minta tak banyak.

 tapi mungkin ramai yang tak sensitif bila ianya mengenai orang lain. bila ianya bukan lagi tentang diri sendiri. "aahhhh dia bukannya penting. apa yang dia cakap tu memang kena la dengan dia ." mungkin itu monolog sesetengah orang bila orang mahu dia mendengar. banyak orang banyak ragam. kita tak boleh nak paksa orang mendengar cerita kita. lebihlebih lagi bila kita tak pernah mendengar perihal dia. 

dalam hidup aku, aku bertuah bila ramai yang sudi meminjamkan telinganya kepada aku. lebihlebih lagi ketika aku dalam keadaan tertekan. bila segala bentuk hiburan yang ada tak lagi dapat entertain aku. sebetulnya aku suka bercerita suka mendengar cerita. dari sebesarbesar isu sampai isu yang remehtemeh. tapi keadaan tak selalu menyebelahi. aku dianggap insan yang tak penting, yang pendapatnya tak perlu diambil kisah. hidup dalam kelompok masyarakat yang suka mengadili, apa yang aku cuba sampaikan akhirnya terperangkap dalam diri. lalu akhirnya memakan diri, meletakkan diri dalam situasi yang kurang sihat. bagi aku, salah satu terapi jiwa yang berkesan adalah bercerita. bercakaplah apa sahaja sehingga semua yang terperangkap itu akan bebas. free. itu cara aku. mungkin di belakang hari akan memakan diri tapi biarlah... aku selesa dan aku tak rela jiwa aku menjadi kacaubilau hanya kerana itu.

keluarga-rakan-sahabat-teman. mereka semua boleh menjadi seorang pendengar. tapi bila mereka semuanya tak lagi mendengar, apa lagi pilihan yang aku ada? 

  





signing off

No comments:

Post a Comment