Saturday, December 21, 2013

kolumpo, mu tunggu aku datang!


Assalamualaikum!

Am going to KL tonite. Nak filing Borang 6, 7 & 8 dekat KL High Court. Hopefully everything is in order.


 And the other agenda is......
 



Excited!


love,
S

Thursday, October 3, 2013

makan berjemaah itu sedap



Hello!!


Lunch with geng duty Legal Aid and also celebrating Nazra's last day as pupil in chamber (master pupil is her mom btw :p) Sebagai yang baik hati & suka menyibuk (tak pegi duty pong), aku dengan rela hati mengangkut keempat-empat mereka iaitu Waani, Jee, Eqah and Nazra ke Restoran Pohon Nako, Jalan Che Su Kota Bharu.


Buat makluman, tak banyak restoran yang fancy-fancy di Kelate ni so end up make di kedai tepi jalan. Janji sedap : )

Since siap lunch awal, Waani ajak aku minum-minum lagi. Pusing-pusing, end up stop dekat First Station. Okay! Aku suka tempat ni sebab tak ramai orang, ada aircond, selesa and air dia sedap. Thanks Waani belanja : )



Tuesday, October 1, 2013

random





Menjadi cinta PERTAMA kepada seseorang 

adalah suatu yang HEBAT,

tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR bagi seseorang itu 

adalah jauh lebih SEMPURNA



Love, 
S

 

penggal terakhir 2013










Love,
S

Saturday, September 28, 2013

yang tiada galang ganti


Assalamualaikum...

sekian lama aku menyepi. banyak benda nak ditepek di sini tapi malas benar nak mengarang ayat. apapun aku nak share satu reminder yang diforward oleh seorang sahabat 3 hari lepas. semoga dapat memberi manfaat kepada yang membacanya : )



7 SEBAB KENAPA KITA PERLU BERJAYA DAN KAYA

1. Bila ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan Haji, siapakah akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka?

Tergamakkah kita berkata, "Aku pun tak ada duit"

2. Bila ibubapaanda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuapnasi,   seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata, "Aku pun tak cukup makan"

3. Bila ibubapa anda sakit, siapa yangakan uruskan bil-bil klinik, hospital & kos perubatan mereka?Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga?

Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka memahami keadaan kita tetapi kita memahamikah keadaan mereka?

Tergamakkah kita berkata, "Aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni"

4. Bila ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa dapatkah kita rasai?

Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata, "Aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti"

5. Bila ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya?

Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka. Adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"Aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak masa dia sakit tempoh hari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat"

6. Bila ibubapa andasudah tidak mampu menuruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan?

Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketikamereka membesarkan kita. Mereka akan memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpunmereka terpaksa bertungkus lumus, bergolok bergadai tetapi bilatiba giliran kita, dapatkah kita lakukan apayang seharusnya kita lakukan demi seorang ibu/bapa?

Benarlah,ibubapa boleh menjaga 10orang anak tetapi 10 oranganak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/bapa.

Tergamakkah kita berkata, "Akusibuk,biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan"

7. Bila ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?

Ketahuilah,walau apapun yang kita lakukan untuk mereka, kita massih belum mampu membalas jasa mereka setitik susu ibu, setitik keringat bapa..apakah nilainya bagi kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkankita?

Sedarlah wahai rakan, berkhidmatlah untuk kedua ibubapa sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa harilagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kitakerana pengorbananmeraka sangat sangat besar pada kita.

BUKTIKAN! Buktikan biar 100 orang, 1,000 orang,10,000 orang yang nak tengok kita gagal, TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA.

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata.

Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang SANGAT HEBAT!!



kesayangan dunia akhirat

note 1: i love u, mommy papa!

note 2: walau siapapun penulis mesej ini, aku amat berterima kasih pada insan tersebut. perkongsian yang sangat-sangat bermakna lebih-lebih lagi berkait dengan tanggungjawab yang ini. kadang-kadang kita perlu diingatkan agar kita tak mudah lupa diri. semoga Allah merahmati beliau.



Wednesday, August 14, 2013

lawyering #1



was studying for my Ethics course when I found this



to me, a lawyer is basically the person that knows the rules of the country. we're all throwing the dice, playing the game, moving our pieces around the board, but if there is a problem, the lawyer is the only person who has read the inside of the top of the box

Jerry Seinfeld 




agreed





Thursday, July 18, 2013

overdose



salahkan kafein. cant sleep. 
mood jiwang sudah mariiiiiii



"oh tuhan tolonglah aku
hapuskan rasa cintaku..
aku pun ingin bahagia
walau tak bersama dia.."

judika-aku yang tersakiti




love,
S




Wednesday, July 10, 2013





assalamualaikum, ya Ramadhan al Mubarak!

alhamdulillah...masih diberikan kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini.
selamat menunaikan ibadah puasa. semoga kita mendapat pengampunan dan keredhaan Allah s.w.t






love, S



Sunday, June 16, 2013

pusingan U



lama sangat tak menulis. dah hampir masuk bulan ke-5. ghairah untuk menulis takda sebenarnya. dah berkira-kira nak delete saja. 

tiba-tiba aku sampai ke titik lemah dalam diri. tak tahu nak buat apa. orang kata, kalau ada masalah, ceritalah pada orang yang kita percaya. berfikir sejenak. 

"aku kena luahkan apa yang ada dalam hati, dalam kepala. tapi aku nak cerita pada siapa?"

membelek-belek contact dalam telefon. pada siapa harus aku ceritakan? pada sahabat SGG? pada teman berlima? sejujurnya bilamasa emosi aku jadi tak stabil, kebolehpercayaan aku kepada seseorang jatuh merudum. aku takut. aku pernah ditinggalkan ketika aku meletak perasaan percaya aku pada seorang yang bernama kawan.

sebelum aku dapat penyakit jiwa, baik aku cari solution. 

jadi, aku buat u-turn. tak jadi delete blog habuk lagi bersawang ni. berceritalah disini. bukan ada orang kisah pun. 


" the people closest to you are 
those that can hurt you the most.
detachment is from them and no one else "
Joseph T Bismark


Saturday, January 19, 2013

selesai dah




finally it's over.
final paper for LL.B.
mix feelings.

after last paper [credit to aminu]

lega sebab dah setle all papers tapi takut bila fikir result walaupun 
happy sebab dah complete study tapi sedih nak tinggalkan friends


diorang semua tengah packing. ready to say goodbye to shah alam. me?
 pretending nothing gonna change. that I'll see them in level 5 as usual.
bila orang tanya bila I balik kelate, my answer varies.
I didn't know. 
I hate to say goodbye.
and the fact that I akan balik kelate for good make it harder for me to say
goodbye to those who I really care [and love]


thanks God mommy tak suruh I balik terus.
 so that I can spend my time with my babes, and my gemoks.


I think I'll stop here before the cengeng me burst out


love, 
S