Assalamualaikum...
sekian lama aku menyepi. banyak benda nak ditepek di sini tapi malas benar nak mengarang ayat. apapun aku nak share satu reminder yang diforward oleh seorang sahabat 3 hari lepas. semoga dapat memberi manfaat kepada yang membacanya : )
7 SEBAB KENAPA KITA PERLU BERJAYA DAN KAYA
1. Bila ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan Haji, siapakah akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka?
Tergamakkah kita berkata, "Aku pun tak ada duit"
2. Bila ibubapaanda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuapnasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata, "Aku pun tak cukup makan"
3. Bila ibubapa anda sakit, siapa yangakan uruskan bil-bil klinik, hospital & kos perubatan mereka?Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga?
Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka memahami keadaan kita tetapi kita memahamikah keadaan mereka?
Tergamakkah kita berkata, "Aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni"
4. Bila ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa dapatkah kita rasai?
Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata, "Aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti"
5. Bila ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya?
Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka. Adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"Aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak masa dia sakit tempoh hari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat"
6. Bila ibubapa andasudah tidak mampu menuruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan?
Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketikamereka membesarkan kita. Mereka akan memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpunmereka terpaksa bertungkus lumus, bergolok bergadai tetapi bilatiba giliran kita, dapatkah kita lakukan apayang seharusnya kita lakukan demi seorang ibu/bapa?
Benarlah,ibubapa boleh menjaga 10orang anak tetapi 10 oranganak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/bapa.
Tergamakkah kita berkata, "Akusibuk,biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan"
7. Bila ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?
Ketahuilah,walau apapun yang kita lakukan untuk mereka, kita massih belum mampu membalas jasa mereka setitik susu ibu, setitik keringat bapa..apakah nilainya bagi kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkankita?
Sedarlah wahai rakan, berkhidmatlah untuk kedua ibubapa sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa harilagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kitakerana pengorbananmeraka sangat sangat besar pada kita.
BUKTIKAN! Buktikan biar 100 orang, 1,000 orang,10,000 orang yang nak tengok kita gagal, TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA.
Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata.
Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang SANGAT HEBAT!!
![]() |
| kesayangan dunia akhirat |
note 1: i love u, mommy papa!
note 2: walau siapapun penulis mesej ini, aku amat berterima kasih pada insan tersebut. perkongsian yang sangat-sangat bermakna lebih-lebih lagi berkait dengan tanggungjawab yang ini. kadang-kadang kita perlu diingatkan agar kita tak mudah lupa diri. semoga Allah merahmati beliau.

No comments:
Post a Comment