eh, ni bukan k-pop tau!
'mom, i'm 16! don't treat me like a baby!'
yang kat atas tu skrip cerita omputeh.
macam heaven. 16 dah boleh buat suka hati.
'selagi kau belum kawen, kau kena ikut cakap mak cakap ayah! umur baru setahun jagung.'
haaa.. ni skrip drama melayu. walaupun anak tu dah cukup umur nak mengundi. tak pun anak tu dah tahap andar**.
aku rasa standard la kot kalau anak dara melayu, parents dia akan control sampai dia kawen or at least dia kerja and duduk jauh dari mak ayah. kalau dalam kes aku, contoh paling mudah is bila keluar hangout dengan kawan. akan ada dua situasi. satu bila duduk kat kampung and satu lagi bila duduk kat k.l (walaupun sebenarnya dudukk shah alam or bangi)
situasi 1. di kampung halaman.
pagi hari before papa pergi ofis, bangun serve breakfast and buatbuat ceria. motifnya nak minta permission keluar dengan geng. tak kisah la nak keluar pagi ke petang ke. tapi kena inform. untunguntung dapat duit poket. hehe.. dah dapat permission dah dapat duit meronggeng la kan. tapi masalah yang selalu dapat is bila keluar petang melepak lepas tu tak sedar jam dah pukul 7. dah nak maghrib rupanya. kalau kat kampung, kitorang akan take turn siapa pickup siapa. kalau nasib tak baik aku yang last sekali akan sampai rumah. tengah on the way tu akan ada mesej dari ayahanda tercinta
"kak, gelap doh ni. tok napok jale doh" (kak, tak retireti nak balik ke?maghrib nih)
ouchhh...ayat makan dalam je. tu contoh la. pointnya di sini, kalau kat kampung pukul 7 kena ada kat rumah dah. kalau tak siap. habis satu rumah kena bebel. kawankawan aku semua tahu. so semua orang tau yang Dee kena balik before maghrib. kalau tak esok lusa susah dia nak keluar.
situasi 2. di kuala lumpur.
nak kasi contoh weekend lah. pagi bermalas-malasan dulu. tengahari or petang baru mandi. then petang dah boleh mulakan aktiviti hari minggu. keluar cucicuci mata. maghrib? surau kat mall kan ada. weh, tengok midnite jom. before tu round ah dulu seround dua. makanmakan. karaoke kalau nak. pukul 11/12 baru masuk tengok movie.pukul 2/3 pagi baru siap. rondaronda tengok lampu jap. eh, lapar la pulak. mamak la apa lagi. pastu balik, settle down semua dah pukul 4pagi. kat kl tade roll call. nak keluar pun takde la cakap spesific nak gi mana dekat mommy. just call cakap nak keluar dengan kawan. tak pun text je.
cuma semalam keluar ngan bangigirls. pergi jumpa ilyana kat lcct. flight dari kb sampai pkl 10++. lepas dia settle semua lepak minum kopi tengoktengok dah pukul 12++ hantar kat tunehotel (flight ilyana ke beijing pagi tadi) drive all the way dari lcct ke bangi pukul 1 lebih baru smapai rumah. tak perasan kakak dah tweet kasi mesej penaja suruh balik an hour ago. bukak facebook, warden abang aku kat shah alam tu pulak buat roll call. adoyaiii
![]() |
| the bibik, the cekap urus, the legging girl, the photog |
see? nampak tak beza bila duduk sendiri dengan duduk dengan family?
kat kampung 7pm dah habis aktiviti kat kl pukul 2am belum tentu balik ke tak lagi.
malam masih muda,bro!
what say you?? aku orang kampung. macam ni lah hidup aku.
signing off. nak siapkan iqy. tengahari ni ada appointment dengan paeds dia.

No comments:
Post a Comment